Thursday, 15 August 2013

Stail Datuk-Datuk

Petang senggang dituang Datuk Razaleigh dengan bermain golf.
Baru sahaja memukul kurang lebih lima biji bola,
talifon genggam Datuk Razaleigh berdering...


Selamat Petang Datuk Razaleigh,
- Ya, Tan Sri, ada apa hal call I petang-petang kala ni?

I ingat nak kahwinkan anak kita Datuk.
- Wah, bagus lah begitu, syarikat kita akan semakin besar.
- Ok. Nanti U bawak anak u datang dinner rumah I. Anak I baru balik US ni

Baik Datuk. Assalammualaikum
- Waalaikumusalam Tan Sri


Cara gelak datuk-datuk 


Beep, punat merah talifon genggam diketik Datuk.
HOHOHO.
Datuk Razaleigh gelak semacam watak jahat dalam cerita samarinda tv3,
seperti mahu kahwin baru pun ada juga.

Selesai gelak tak tentu hala tadi,
Datuk Razaleigh mencapai kayu golf beliau.
Zassssss. Terbang tinggi bola golf dihayun Datuk Razaleigh.
Burung-burung yang berterbangan, laju-laju merenung benci ke arah Datuk Razaleigh,
tanda protes atas laluan bola golf Datuk Razaleigh tadi agaknya.......

                                                   ***











Ini petang, gua baru 1st time main permainan orang kaya-kaya, golf.
Saja kasi feeling datuk-datuk sekejap tadi. kahkah. Amacam lakonan gua? ada macam Jalaluddin Hassan?

Shawn Razaleigh
-selalu main lempar/hayun selipar sahaja

Monday, 12 August 2013

Bermuka ketupat

Ceritanya, raya ke-5 aku sudah masuk hospital
Department baru, yang namanya canggih sedikit, surgery
lebih kepada bedah dan belah.

Ceritanya juga,
Kepala masih segar membelah ketupat raya pertama.
Jadi aku datang ke hospital juga
Dengan muka tak puas raya
muka ketupat empat segi sama rata.











Sebenarnya aku ada fikir juga,
kalau aku ketua department surgery,
aku dah discharge semua patient. Kan semua happy?
Pulanglah di hari rayawrrrr~
kahkah!

shawn razaleigh

Pencapaian luar biasa

Sebuah pencapaian yang belum pernah aku alami sepanjang hidup ini.
Ini adalah sesuatu yang lain dari yang sudah-sudah.


Jumlah duit raya terkumpul di hari ke-4 adalah 1RM
Luar biasa bukan?


Shawn Razaleigh

Wednesday, 7 August 2013

Pesen janggut ustaz-ustaz


Dua puluh empat tahun aku hirup oksigen.
Dari bogel sampailah dagu sudah berumput hitam



Walau sudah berjanggut, jambang, 
jadi ahlong, jadi ahli politik, jadi ustaz, jadi apa-apa pun
bab duit raya bukan bab main-main ya sedara

Bukankah masih layak?

Blog Baru Shawn Razaleigh

Blog tercipta kerana aku rindu menulis bebas.



 entry pertama hanya sebaris ayat, agak celaka bukan?